Posts

Showing posts from September, 2014

Aktiviti-aktiviti Sampingan....

Memandangkan pelbagai aktiviti-aktiviti kolej yang memerlukan komitmen, saya tidak dapat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang digunakan untuk subjek SKS 3124 buat masa ini. Aktiviti-aktiviti sampingan ini termasuklah aktiviti audit 5S dan audit Myspekk.. Dan tak lupa juga persiapan pelajar2 ke Pertandingan Kemahiran Zon Utara anjuran Kolej Komuniti Seberang Jaya. Walaubagaimanapun kelas PdP SKS 3124 masih berjalan seperti biasa.  Untuk aktiviti PdP, pelajar-pelajar telah melakukan amali 2A. Selain itu, para pelajar sedang merancang projek untuk subjek ini. Projek ini melibatkan dua orang pelajar bagi satu board. Pelajar-pelajar perlu merekabentuk satu model pendawaian rangkaian di sesebuah organisasi. Untuk maklumat lebih terperinci, saya akan post kan apabila berkelapangan (huhuhuhu..bukan senang nak post sesuatu dalam blog, walaupun idea dah ada). Jumpa lagi di sesi post akan datang.....

BAB 2: Pendawaian Rangkaian

Bab 2 meliputi ciri-ciri dan komponen-komponen yang terdapat dalam sesuatu rangkaian. Selain itu, bab ini mendedahkan para pelajar bagaimana melakukan pembentukan konduit dan trunking (Amali 1: Laksanakan Pembentukan PVC konduit). Kebanyakan nota yang digunakan dalam bab ini merupakan hasil carian maklumat-maklumat terkini dalam internet dan buku. Saya bahagikan bab ini dalam dua slide powerpoint yang boleh didapati di link seperti di bawah: http://www.slideshare.net/zulhanazulkifle/bab-21-pendawaian-rangkaian http://www.slideshare.net/zulhanazulkifle/bab-22 Sebagai seorang tenaga pengajar, kita perlu mencari sumber-sumber yang tepat dan terkini untuk disampaikan kepada para pelajar. Rujukan dari internet seperti dari blackbox.com banyak membantu saya. Pelbagai maklumat terkini tentang jenis-jenis kabel, struktur pendawaian kabel dan juga peralatan-peralatan terkini boleh didapati di website tersebut. Salah satu link daripada blackbox.com yang membantu saya adalah "  ...