BAB 2: Pendawaian Rangkaian

Bab 2 meliputi ciri-ciri dan komponen-komponen yang terdapat dalam sesuatu rangkaian. Selain itu, bab ini mendedahkan para pelajar bagaimana melakukan pembentukan konduit dan trunking (Amali 1: Laksanakan Pembentukan PVC konduit). Kebanyakan nota yang digunakan dalam bab ini merupakan hasil carian maklumat-maklumat terkini dalam internet dan buku. Saya bahagikan bab ini dalam dua slide powerpoint yang boleh didapati di link seperti di bawah:



Sebagai seorang tenaga pengajar, kita perlu mencari sumber-sumber yang tepat dan terkini untuk disampaikan kepada para pelajar. Rujukan dari internet seperti dari blackbox.com banyak membantu saya. Pelbagai maklumat terkini tentang jenis-jenis kabel, struktur pendawaian kabel dan juga peralatan-peralatan terkini boleh didapati di website tersebut. Salah satu link daripada blackbox.com yang membantu saya adalah " Guide to Structured Cabling ". Selain blackbox.com, anixter.com juga boleh dijadikan rujukan. Saya juga melanggan "Cabling & Installation Maintenance Magazine" secara online bagi menambahkan pengetahuan saya tentang Pendawaian Rangkaian.


Comments