E-Porfolio "Wix Vs Blogger"



Assalammualaikum dan Hai..
Huhuhu.. Dah berhabuk dah blog nie.. Hampir 3 tahun tak update. Hari ini teringin nak update.
Bercerita tentang e-portfolio....
   
       Selepas tamat sesi kursus Educator 4.0, hati teringin membuat e-portfolio. So, cubalah buat menggunakan platform wix.com. Kebaikan guna wix ialah kita hanya memperuntukkan sedikit masa untuk mencipta satu e-portfolio dengan hanya menggunakan dan mengubahsuai template sedia ada. Tetapi malangnya untuk publisiti e-portfolio tesebut sangatlah mendukacitakan kecuali anda membeli/menggunakan domain anda sendiri. Ini kerana Wix bukanlah satu produk yang "Google Search Friendly". Maknanya kat sini, kalau nak search kat Google, anda perlu pastikan meletakkan alamat web wix anda secara terperinci. Berbanding dengan Blogger yang memang hosted by Google sendiri, e-portfolio mudah dicari oleh pengguna seantara dunia. Cuma untuk setup page pada Blogger perlu mengambil masa sedikit memandangkan tidak disediakan template yang mudah seperti Wix.
     
      Erm.... Jadi buat masa ini saya cuba untuk mencuba kedua-duanya sekali. E-portfolio saya menggunakan Wix adalah seperti di bawah manakala e-porfolio menggunakan Blogger masih dalam membina 'pages'  tambahan. Harap bejayalah hendaknya.

https://zulhanazulkifle78.wixsite.com/myweb

Comments