Posts

CV @ RESUME... Errmmm...

Image
Biasalah kan seorang pensyarah selalu pesan pada para pelajar suruh buat cv/ resume tu bagi nampak vouge dan menarik (selain isi kandungan yang kebaboom). Tapi bila buat untuk diri sendiri, hehehe... Dah boleh membayangkan perasaan budak-budak nie apabila mereka disuruh buat cv/ resume. Jenuh memikirkan apa yang bersesuaian nak taip untuk resume tu. Kalau dahulu Microsoft Word adalah platform yang digunakan untuk membuat resume. Tetapi dengan arus teknologi yang berkembang ibarat tumbuhnya cendawan selepas hujan, hendak tak hendak kena lah berfikiran terbuka menerima perubahan tersebut. Selagi perubahan itu membawa kebaikan, kita ikutkan jer dan ubah mengikut acuan kita sendiri. Resume kali ini menggunakan Canva. Satu aplikasi atas talian yang sangat sesuai untuk membuat poster, resume atau dokumen yang menarik (https://www.canva.com/). Seandainya anda baru pertama kali menggunakannya, usah susah hati. Boleh tengok youtube. Terdapat pelbagai tutorial yang boleh dijadikan ruju...

E-Porfolio "Wix Vs Blogger"

Image
Assalammualaikum dan Hai.. Huhuhu.. Dah berhabuk dah blog nie.. Hampir 3 tahun tak update. Hari ini teringin nak update. Bercerita tentang e-portfolio....            Selepas tamat sesi kursus Educator 4.0, hati teringin membuat e-portfolio. So, cubalah buat menggunakan platform wix.com. Kebaikan guna wix ialah kita hanya memperuntukkan sedikit masa untuk mencipta satu e-portfolio dengan hanya menggunakan dan mengubahsuai template sedia ada. Tetapi malangnya untuk publisiti e-portfolio tesebut sangatlah mendukacitakan kecuali anda membeli/menggunakan domain anda sendiri. Ini kerana Wix bukanlah satu produk yang "Google Search Friendly". Maknanya kat sini, kalau nak search kat Google, anda perlu pastikan meletakkan alamat web wix anda secara terperinci. Berbanding dengan Blogger yang memang hosted by Google sendiri, e-portfolio mudah dicari oleh pengguna seantara dunia. Cuma untuk setup page pada Blogger perlu mengambil masa sedikit memandangkan tidak d...

CIRI-CIRI KABEL RANGKAIAN ( CAT 5E - CAT 8 )

Image
Salah satu subtopik dalam SKS 3124: Pendawaian Rangkaian adalah mengenali ciri-ciri pada kabel rangkaian. Maka sebagai seorang pensyarah, saya perlu sentiasa up to date dengan perkembangan teknologi dalam pendawaian rangkaian. Rasanya saya patut berkongsi ilmu yang saya perolehi ketika surfing internet.. Majalah digital"Cabling Installation & Maintenance" keluaran Oktober lebih memfokuskan kepada inovasi dalam pendawaian rangkaian dan teknologi kabel yang sedia ada dalam pasaran untuk kegunaan data center. Macam biasalah kan, kebanyakan teknologi dari luar so artikel tu memang dalam bahasa asing... Di sini disertakan link untuk majalah tersebut..                   http://digital.cablinginstall.com/cablinginstall/201510?pg=2#pg2 Saya agak tertarik artikel yang bertajuk "Category 8 questions answered" m.s 23 dalam majalah tersebut. Artikel ini menyentuh tentang Cat 8 yang lebih menjurus kepada penggunaan kabel pada data center.  ...

RUJUKAN BAGI BAB DUA: PENDAWAIAN RANGKAIAN

Ermm.. Dah lama tak conteng-conteng kat blog.... Dah nama blog nie SKS3124 PENDAWAIAN RANGKAIAN, tak kan nak cerita perkara2 lain kan, so tak banyaklah nak diluahkan perasaan tu.. Kali nie saya nak share satu lagi rujukan yang baru saya jumpa untuk Bab 2: Pendawaian Rangkaian. Meh kita klik link seperti di bawah: http://www.argo-contar.com/download/passive/ANSI-TIA_Standards.pdf Rujukan ini antara yang latest tentang pendawaian rangkaian berdasarkan standard/ piawaian yang saya gunakan dalam kelas.. Sebelum nie saya gunakan blackbox tetapi blackbox tu menggunakan standard TIA/EIA 568-B series.. Perubahan banyak pada teknologi kabel.. Nak citer panjang better baca rujukan tu erk...  Saya pun dapat knowlegde dan ideal yang baru utk terangkan pada pelajar-pelajar especially topik pembumian dalam pendawaian rangkaian. Notanya ringkas dan mudah faham. In Sha Allah saya akan update kan nota PdP saya. Buat masa nie saya masih gunakan nota yang lama cuma saya gunakan...

ENAM ELEMEN (SUBSYSTEM) DALAM SISTEM PENDAWAIAN RANGKAIAN

Rasanya saya perlu pembaharuan dalam blog saya selain menceritakan aktiviti PdP yang saya jalankan di dalam kelas... Saya rajin menjenguk website2 yang berkaitan dengan pendawaian rangkaian dan saya terjumpa satu post terkini (25 April 2015) iaitu post semalam tentang pendawaian rangkaian.. So, sapa nak tambah knowledge boleh klik link di bawah: http://www.cablinginstall.com/articles/2015/04/6-subsystems-structured-cabling.html **** Terkadang rasa macam nak jadi translator plak untuk post2 tentang pendawaian rangkaian...*********

Aktiviti-aktiviti Sampingan....

Memandangkan pelbagai aktiviti-aktiviti kolej yang memerlukan komitmen, saya tidak dapat untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang digunakan untuk subjek SKS 3124 buat masa ini. Aktiviti-aktiviti sampingan ini termasuklah aktiviti audit 5S dan audit Myspekk.. Dan tak lupa juga persiapan pelajar2 ke Pertandingan Kemahiran Zon Utara anjuran Kolej Komuniti Seberang Jaya. Walaubagaimanapun kelas PdP SKS 3124 masih berjalan seperti biasa.  Untuk aktiviti PdP, pelajar-pelajar telah melakukan amali 2A. Selain itu, para pelajar sedang merancang projek untuk subjek ini. Projek ini melibatkan dua orang pelajar bagi satu board. Pelajar-pelajar perlu merekabentuk satu model pendawaian rangkaian di sesebuah organisasi. Untuk maklumat lebih terperinci, saya akan post kan apabila berkelapangan (huhuhuhu..bukan senang nak post sesuatu dalam blog, walaupun idea dah ada). Jumpa lagi di sesi post akan datang.....

BAB 2: Pendawaian Rangkaian

Bab 2 meliputi ciri-ciri dan komponen-komponen yang terdapat dalam sesuatu rangkaian. Selain itu, bab ini mendedahkan para pelajar bagaimana melakukan pembentukan konduit dan trunking (Amali 1: Laksanakan Pembentukan PVC konduit). Kebanyakan nota yang digunakan dalam bab ini merupakan hasil carian maklumat-maklumat terkini dalam internet dan buku. Saya bahagikan bab ini dalam dua slide powerpoint yang boleh didapati di link seperti di bawah: http://www.slideshare.net/zulhanazulkifle/bab-21-pendawaian-rangkaian http://www.slideshare.net/zulhanazulkifle/bab-22 Sebagai seorang tenaga pengajar, kita perlu mencari sumber-sumber yang tepat dan terkini untuk disampaikan kepada para pelajar. Rujukan dari internet seperti dari blackbox.com banyak membantu saya. Pelbagai maklumat terkini tentang jenis-jenis kabel, struktur pendawaian kabel dan juga peralatan-peralatan terkini boleh didapati di website tersebut. Salah satu link daripada blackbox.com yang membantu saya adalah "  ...