BAB 1: Perkakasan dan Peralatan Rangkaian
PdP bab 1 memperuntukkan sebanyak 12 jam kelas secara teori. Sesi Pdp dijalankan dengan menggunakan slide Powerpoint dan kaedah suai kenal peralatan...
Nota slide Powerpoint yang digunakan adalah:
- Bab 1-1: http://www.slideshare.net/zulhanazulkifle/sks3124-bab-11
- Bab 1-2: http://www.slideshare.net/zulhanazulkifle/sks3124-bab-12
- Bab 1-3: http://www.slideshare.net/zulhanazulkifle/sks3124-bab-13
Walaubagaimanapun sekiranya maklumat-maklumat yang terdapat di dalam slide tersebut mempunyai kesilapan, diharap pembaca-pembaca blog yang membacanya boleh memberi komen untuk penambahbaikan.
Memandangkan subjek ini hanya melibatkan teori, teknik PdP perlu dipelbagaikan. Dalam subtopik "Menerangkan fungsi peralatan yang digunakan dalam pemasangan kabel rangkaian", saya menggunakan kaedah " Pieces of Paper" yang pelbagai warna. Teknik ini membantu pelajar-pelajar mengingati nama peralatan-peralatan dengan betul. Saya menggunakan kaedah ini kerana sepanjang pengalaman saya mengajar, pelajar-pelajar tahu dan kenal peralatan-peralatan tetapi apabila menjawab soalan secara bertulis, "spelling error" selalu berlaku pada nama peralatan tersebut. Beberapa nama peralatan yang salah dieja oleh para pelajar:
- Coaxial Crimping Tool dieja:
- Coxial Crimping Tool, Coaxial Criping Tool, Coaxial Criming Tool, Coaxial Crimping Tool etc.
- UTP Crimping Tool dieja:
- Menyamai ejaan-ejaan ketika Coaxial Crimping Tool. Ejaan yang salah dieja ialah Crimping
- UTP/ Coaxial Stripper dieja:
- Stipper dan Striper
- Measuring Tape dieja:
- Mesuring tape, measureng tape etc.
- Punch Down Tool dieja:
- Puch Down Tool etc.
Untuk entry akan datang, saya akan fokuskan kepada kaedah "Pieces of Paper" yang dilakukan ketika sesi PdP.
Antara peralatan yang digunakan dalam subjek SKS 3124
Comments
Post a Comment