Bukan senang untuk kita menarik perhatian pelajar-pelajar di dalam kelas terutama kalau subjek itu melibatkan teori semata-mata. Teknik PdP ini adalah salah satu alternatif untuk menarik minat pelajar selain membantu para pelajar mengingati peralatan-peralatan yang digunakan dalam pendawaian rangkaian.
Teknik ini sangat mudah.
- Hanya memerlukan beberapa kertas A4 yang pelbagai warna, pen/pensil dan pembaris/ gunting dan Toolkit For Cable Installation (tool box ini dilengkapi dengan peralatan-peralatan rangkaian. Guna nama glamour coz merupakan salah satu inovasi unit SKS di KKBD. Menang plak sebagai Johan Hari Inovasi KKBD 2012).
- Saya menggunakan tiga helai kertas berwarna (merah jambu, hijau dan ungu). Setiap warna mewakili kategori kabel bagi peralatan iaitu hijau untuk Twisted Pair Cable, merah jambu untuk Coaxial Cable dan ungu untuk kedua-dua kategori (sesetengah peralatan boleh digunakan dalam kedua-dua jenis cable).
- Helaian kertas dilipat supaya mendapat bahagian-bahagian seperti gambar A (senang cerita, kertas itu dilipat 3 kali).
- Seterusnya, potong kertas tersebut mengikut garis lipatan yang dibuat menggunakan gunting atau pembaris ( ada pelajar-pelajar mengunakan kad pelajar sebagai alternatif bagi pembaris, kreatifkan mereka. Alaaa..,, tak der pembaris @ gunting dalam koleksi stationeries mereka, tu yang pakai kad pelajar)
- Pelajar-pelajar diminta menulis nama-nama peralatan tersebut di atas kertas yang telah dipotong mengikut kategori/ warna yang telah ditetapkan (pastikan anda telah mengajar secara teori terlebih dulu erkkk... Kalau tak, bukan setakat salah eja, mesti akan terjumpa nama2 yang tak der dalam kamus tau). Gambar B- E adalah gambar ketika aktiviti PdP dijalankan.
- Selain itu juga, minta para pelajar menulis fungsi peralatan pada bahagian belakang di setiap kertas yang bertulis nama peralatan tadi.
- Akhir sekali sebagai seorang pengajar, kita perlu menyemak satu persatu kertas yang telah dibuat oleh para pelajar dan perbetulkan sekiranya terdapat kesilapan.
 |
GAMBAR A |
 |
GAMBAR B |
 |
GAMBAR C |
 |
GAMBAR D |
 |
GAMBAR E |
* Secara automatik, aktiviti PdP ini akan menghasilkan satu nota ringkas bagi subtopik "Menerangkan fungsi peralatan yang digunakan dalam pemasangan kabel rangkaian".
Comments
Post a Comment