PENGENALAN

SKS 3124 merupakan salah satu kursus yang ditawarkan dalam program Sijil Sistem Komputer dan Sokongan (SKS) di Kolej Komuniti, Kementerian Pendidikan Malaysia. Kursus ini menyediakan pengetahuan dan kemahiran di dalam bidang pendawaian rangkaian dan bersesuaian bagi kerjaya di dalam bidang ICT dan sistem komputer. Kursus pendawaian rangkaian komputer direkabentuk dan disusun untuk memberi kefahaman pengetahuan dan kemahiran di dalam pemasangan kabel dan peranti rangkaian. Selain itu pelajar juga dapat meningkatkan kemahiran dalam mengenal pasti dan membaikpulih masalah pendawaian rangkaian.

HASIL PEMBELAJARAN ARENA PEMBELAJARAN (LA) 

Di akhir kursus ini pelajar dapat:
  • Melaksanakan pemasangan pendawaian rangkaian dan peranti dalam rangkaian LAN
  •  Mengkategorikan teknologi bagi penghantaran maklumat dalam rangkaian.
  • Menjelaskan piawaian pendawaian yang digunakan dalam pendawaian rangkaian.
  •  Mengesan masalah rangkaian termasuk teknik baikpulih, peralatan dan sumber
****  Untuk pengetahuan blogger, blog ini lebih kepada rujukan PdP bagi pelajar-pelajar program Sijil Komputer & Sokongan di Kolej Komuniti Bandar Darulaman. 


Comments